BAJA FOLIAR adalah satu bahan baja terlarut yang disembur dalam bentuk cecair. Baja foliar yang disembur pada daun akan menembusi ke dalam daun melalui sel epidermis dan stomata lalu meningkatkan aktiviti fotosintesis dan respirasi sel dalam masa satu jam. Sekiranya dibandingkan kesan baja foliar dengan baja tanah, baja foliar lebih berkesan kerana menggiatkan 'electronic pump' ke dalam sel-sel.


Hai-O EZIGROW adalah satu baja foliar yang dirumus  khas untuk tanaman beriklim tropika supaya boleh meningkatkan hasil serta kualiti tanaman. Hai-O EZIGROW mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuhan yang lengkap dan seimbang seperti mineral, asid humik, asid amino dan lain-lain. Kandungan unsur-unsur nutrien dan pengawal tumbesaran ini adalah penting untuk meningkatkan tumbesaran dan hasil tanaman seperti padi, tanaman jangka masa panjang, bunga-bungaan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

KELEBIHAN HAI-O EZIGROW
  • Mengandungi unsur-unsur nutrien tumbuh-tumbuhan yang lengkap dan seimbang untuk mempertingkatkan tumbesaran dan kecergasan tumbuh-tumbuhan
  • Mengandungi pengawal tumbesaran untuk menggiatkan tumbesaran serta menambah kadar proses fotosintesis dan kadar gula (% Brix) dalam masa 1 jam selepas menyembur
  • Mengandungi asid humik untuk meningkatkan penyerapan khasiat oleh tumbuh-tumbuhan, dengan itu menguatkan sistem keimunan tumbuh-tumbuhan supaya menjadikannya lebih sihat
  • Menambah hasil pengeluaran dan tanaman sehingga 70%
  • Meningkatkan kualiti buah dan hasil pengeluaran 
  • Mengurangkan pengguguran bunga dan putik melalui pengawalan pengeluaran asid absisik
  • Mesra alam dan biourai
  • Mudah digunakan dengan menyembur atau menyiram
  • Sesuai dicampur dengan racun kulat atau serangga
  • Sesuai untuk semua jenis tanaman


HARGA:

  1. 4 litres = RM145.00
KOD PRODUK:
  • 01036